Wednesday, April 15, 2009

Tenang

Seperti biskut Tiger yang menunggu masa untuk larut ke dalam air coklat.


Bukan lah aku ini sibuk seperti ahli politik yang berkempen di dua Bukit. Aku sekadar sibuk dengan tugasan oleh Yan. Begini ceritanya, aku, setelah melihat tekad Hadie, untuk membuat projek 365 di mana setiap hari satu gambar perlu diambil dan diletakkan di Flickr!, aku merasakan aku juga mahu menyertainya. Tetapi untuk mengambil satu gambar setiap hari bukanlah mudah; kamera perlu di bawa ke mana-mana, dan subjek juga perlu dicari. Untuk membantu aku, aku meminta jasa baik Yan untuk memberi tugasan dengan satu perkataan pada setiap hari supaya aku lebih terarah dalam mencari subjek gambar.

Yan yang baik itu pun membuat senarai untuk setiap hari bagi membantu aku mengambil gambar. Juga tidak mudah seperti yang disangka. Contohnya bila Yan memberi perkataan "Tenang". Memang mudah kalau hanya mengambil gambar air yang tenang seperti sungai atau tasik .. tapi aku rasa itu terlalu 'biasa'.

Makanya aku mengambil dua keadaan tenang yang satunya telah pun ada di Flickr!

Dan Yan juga ada memberi komen membina. Walaupun Yan bukanlah seorang jurugambar, tapi sebab dia adalah seorang Pereka Gambar Kulit Buku, aku rasa dia layak untuk komen kerana Yan tahu apa yang dimahukan dari satu-satu gambar.

Dan aku seperti perangai seorang ADD, sekarang sedang bermusim di Flickr dengan tekun... haha.

Jangan tanya kelas khat aku ... sebab aku masih lagi berguru ok .

:-)




3 comments:

Aku... CikSekut said...

cessss mak kembas kempis nok... hahahaha...

ye betul saya bukanlah seorg photografer... saya designer kecik je... tp bila tiba bab mendesign dan mengolahkan photo ke kulit buku saya boleh jadi singa betina yg cerewet memilih daging yg paling juicy...

setiap satu photo itu tak mungkin boleh di letak sedebik mcm yg original sb ia tak akan menepati kehendak mata designer...dan kehendak layout secara keseluruhan. gitu la gayanya.

seorg photografer MESTI punya mata seorg designer, seorg designer MESTI punya mata seorg photografer, writer, sales person, client, customer, fashion designer dan mcm2 mata lagi...kire mcm mata lalat la kami ni hahaha

Good luck ann... May 09 task will be a bit different...

and this shot makes me lapar... I love biskut tiger cicah dalam milo... yummy!

Aku... CikSekut said...

lupa nak habaq... biskut tu nampak mcm tilam pelampung yg org selalu guna dlm swimming pool tu la... mmg tenang hahaha

sky said...

ah, intresting.
yan, pasni ajar aku pulak yer..
bila kena start ni?