Monday, April 28, 2008

Dari Alor Star

Alhamdulillah buat pertama kali dalam sejarah Kedah perubahan itu berlaku juga, walaupun aku pada mulanya sebelum pilihanraya bermula agak skeptikal dan bimbang rakyat masih tidak mahu berfikir.

Aku rasa ada banyak benda yang perlu dilakukan oleh Pembangkang (yeahhh..!) untuk menawan kembali Kedah, tetapi berita baiknya aku rasa Pembangkang (lagi sekali yeahhh!(first time boleh panggil depa pembangkang)) benda-benda tersebut tidak akan mampu mereka lakukan.

Terlalu banyak isu dalam yang perlu diselesaikan mereka. Seperti bisul yang sudah masak dan meletup, nanah yang keluar berbau hanyir di semua lima tempat ! Seperti juga kapal yang akan tenggelam, masing-masing hanya memikirkan diri sendiri, hatta nakhoda kapal sekalipun perlu dan mahu selamatkan dirinya dulu. *

Anak-anak kapal masing-masing mahu melompat menikam siapa yang paling dekat untuk naik keatas mahu selamatkan diri. Mana-mana anak kapal yang lemah akan ditolak terjun dulu ke dalam laut bahkan ada yang terjun sendiri ke laut membunuh diri.

Kapal-kapal penyelamat walaupun tidak segah Kapal Besar tetap hadir menarik sesiapa yang masih boleh diselamatkan. Bila Kapal Besar tenggelam, kapal kecil juga yang berguna.


Ahh.......Siapa saja yang kata kapal Titanic tidak boleh tenggelam...? ? ?

Betapa Sejarah banyak mengajar kita tapi manusia tidak pernah mahu berfikir.


* Jangan lupa babak filem Titanic "You Jump, I Jump" Cinta sejati merpati dua sejoli.

1 comment:

Anonymous said...

Kuasa Allah tak siapa yang mampu menahan atau melawan. Sebab tu janganlah kita sesama manusia nak angkuh,nak ujub, takabbur. Allah boleh berbuat apa saja yang dia suka terhadap makhlukNYA. Sesungguhnya kebenaran tetap akan mengambil tempat kebatilan apabila tiba masanya.Allahuakbar!

-aku budak pendang-