Monday, March 16, 2009

What Is Your Name ?

Kamu bernasib baik sebab berminat dan mahu menggunakan Bahasa Inggeris. Saya juga tidak rasa salahnya jika Bahasa Inggeris digunakan untuk belajar Ilmu Hisab dan Sains, tapi cuba kamu ke Kuala Nerang Kedah dan tanya kan pada anak sekolah di situ:-

What is your name ?
Ahmad

Where do you live ?
Yes

How do you go to school ?
No

Do you like to play football?
Ahmad

What does your father do ?
Ahmad

Saya kasihankan anak-anak kampung di situ. Kalau dulu hanya susah hati sebab lemah Bahasa Inggeris, sekarang juga menangis sebab lemah dalam Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab dan Sains. Anak sekolah tidak akan mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik jika kita tidak dapat menyediakan Guru-guru yang boleh Berbahasa Inggeris dengan baik.

Pergilah ke mana-mana sekolah di kampung dan carilah soalan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang disediakan guru. Soalannya saja bercelaru dan berterabur aturan grammar. Jangan kata budak, aku pun tak paham soalan.

Sedihkan jika hanya anak-anak di bandar besar yang beruntung dengan penggunaan B Inggeris dalam pelajaran.

Anak ahli politik tak payah cakaplah, mereka di International School dan Boarding School di England atau Australia.

:-|


1 comment:

Aku... CikSekut said...

sebab tu la yg dok nak demo pun jgn la fikir demo semata... if sistem ada kelemahan, should we abolish kan system tu or should we sit down sama2 cari solution because apa2 sistem pun itu semua manusia yg buat dan sah mesti ada kelemahan. bila ada kelemahan kita perlu buang aje or kita perlu perbetulkan? kan lebih baik perbetulkan.

my frens ramai juga yg cikgu cikgi... even mereka sendiri akui kelemahan sistem ni adalah secara tak lansung terletak pd guru yg mengajar. how do we xpect a teacher yg tak mahir english ajar english? mcm kambing ajar kerbau mengembek la jadi. should we marah kat kerbau kalau tak boleh mengembek? or should we sembelih aje kerbau dgn kambing tu?

kdg2 i pun naik bosan dgn segala mcm demo tak habis2... maybe yg duduk jauh dari kl ni tak rasa sgt la. di kl ni nak pergi shopping hari minggu pun skrg kena fikir 100x sbnya jalan jem, polis merata.. demo sana demo sini. letih sungguh letih :(

note: believe me ada sesetgh guru muda skrg ni yg lebih malas dari anak murid bukan mcm cikgu2 kita dulu yg niat nya mmg ikhlas utk mendidik...