Tuesday, November 12, 2013

Persepolis

Ini adalah kali kedua aku menjengah dunia Marjane Satrapi. Eh kali ketiga, kali pertama melalui filem dari buku ini beberapa tahun yang lalu. Kali kedua melalui satu lagi buku grafiknya , Peplum ehhh salah Chicken With Plums. Peplum tu fesyen baju kurung pendek kembang tu .

Dan ya kali ketiga ialah dengan membeli dan membaca buku grafik novel Perssepolis ini.




Novel ini menceritakan tentang suasana gelodak Iran pre-revolusi oleh Ayatollah. Bagaimana masyarakat liberal Iran, secara khususnya Marjane sendiri, menerima revolusi besar itu. Bagi yang fundamentalis pastilah cerita-cerita kejayaan jihad itu sudah banyak dibaca dan didengarkan. Aku sendiri jarang jumpa (tak pernah cari) buku sekelompok masyarakat Iran yang lain yang bukan dari penyokong Ayatollah. Aku tak sebut disitu penyokong Revolusi kerana pada awalnya memang golongan liberal juga, mengikut cerita Marjane yang memang menyokong dan mahukan perubahan di Iran. Dan revolusi pada asasnya memang diraikan oleh hampir semua rakyat Iran.


Aku suka cerita Marjane. Aku rasa dia jujur. Walaupun ada benda yg agak aku kurang selesa, tapi aku rasa keselesaan aku adalah sangat tidak adil. Dia dan aku dari dunia yang berbeza, walaupun satu agama. Inilah antara punca masaalah yang aku lihat dalam masyarakat Islam bilamana pihak-pihak akan menghukum pihak lain berdasarkan acuan kasutnya sendiri. Marjane dari keluarga liberal yg aku lihat memang tidak pun mengamalkan ajaran Islam sebenar seperti intepretasi kamu , kamu dan kamu. Jadi kamu, kamu dan kamu akan rasa agak kekok bila baca cerita Marjane dan kehidupan liberal dan bebas beliau. Tapi kamu, kamu dan kamu tak perlu lah terkejut sangat, tak payah baca cerita Marjane, kat mana-mana dunia pun ada keluarga yang sebegitu, kat Malaysia pun banyak. Tak payahlah kita menghukum mereka bila mana kita pun belum tentu kukuh lagi kedudukan kita di mata Allah.






Marjane agak bias dengan pejuang-pejuang jihad revolusi yang dirasakannya agak ekstrim. Ya lah Marjane pakai tudung dengan kasut Nike pun dikatakan "punk". Pakai sock merah pun kena tahan. Nak beli kaset-kaset zaman itu seperti Duran-Duran ka Bee Gees ka dan yang sewaktunya kena beli di pasar haram. Nak beli poster rock ? Jangan haraplah. Ada sekali bapa Marjane dan ibunya berpeluang bercuti di Eropah dan Marjane minta belikan poster Kim Wilde. Ibunya terpaksa gunting jaket labuh ayahnya dan letakkan poster besar itu di lapisan dalam jaket dan kemudiannya menjahitnya semula. Walaupun bapanya agak janggal berjalan dengan jaket yang sepertinya diletakkan span tinggi di kedua-dua bahu, mereka terlepas juga sekuriti ketat airport di Iran dan Marjane dapat juga lekat poster2 itu di biliknya.

Marjane telah dihantar ibunya waktu umur 14 tahun keluar belajar di Austria. Sebenarnya ramai keluarga Iran yang kaya waktu itu menghantar anak mereka belajar di luar negeri , apatah lagi kalau anak lelaki kerana dibimbangi akan dipanggil menjadi askar. Iran waktu itu sangat kacau bilau walaupun revolusi telah berjaya tetapi perang  Iran-Irag yang menyusuli pula. Di negara Eropah lah banyak benda yang Marjane belajar tentang manusia tentang kehidupan dan pelbagai lagi pahit manis masam masin di negara orang . Tapi antara pelajaran yang paling penting ialah bila dia belajar menjadi seorang rakyat Iran yang bangga dirinya sendiri.

Hahhh … macam-macam lah benda yang aku dapat dari cerita-cerita Marjane ini. Banyak perkara yang aku boleh "relate" dengan dia juga walaupun aku tak minat Kim Wilde. Marjane juga seorang yang amat meminati seni , hence the graphic novel.


Oh ya, satu yang aku nak juga cerita. Marjane belajar seni halus di Universiti Iran yang sangat payah nak masuk. Bila kelas seni untuk lukis badan manusia, instead of naked body, mereka gunakan perempuan yang pakai chador !!! hahhahahahaha


Ok itu saja antara benda aku nak cerita. Aku memang sokonglah kalau kamu nak baca novel ni. 


Seperti juga cerita-cerita bermutu Iran yang pernah aku tonton, sebaik sahaja habis membaca novel ini aku menghela nafas lega menandakan aku sangat puas hati ……….





ya, Marjane yg sangat cool !!!!

i "like"

No comments: