Wednesday, November 21, 2007

Akukah "Stalker" Itu ?

Kalau tanya kawan-kawan virtual aku (kamu tahu siapa kamu) dengan pasti mereka akan mengiktiraf aku sebagai 'stalker'.

Ya, aku mengaku aku selalu 'blog hop' membaca dari satu blog ke satu blog mengikuti cerita-cerita bloggers yang macam-macam. Walaupun "mereka" melabel kan aku sebagai stalker, aku dengan ini melabelkan diri aku sebagai "observer".

Blogging umpamanya seperti diari terbuka. Kalau dulu orang akan menjerit marah bila adik lelaki mereka mencuri buku diari untuk kemudiannya menjaja luahan hati mereka (untuk digelakkan beramai-ramai oleh ahli keluarga dan kawan-kawan adik lelaki), kini dengan blogging kita telah memberi laluan untuk dunia mengetahui isi hati dan cerita kehidupan kita (masih dengan harapan adik lelaki tidak mengetahui kewujudan blog kita atau sambil berharap kita akan terjumpa blog adik lelaki bila di google namanya).

Aku banyak belajar dari blog hop. Aku semakin mengenali pelbagai jenis rupa manusia. Membaca kehidupan harian perjalanan hidup perasaan dan rasa jiwa yang tenang bahagia atau memberontak. Dunia virtual telah memberi peluang kita mendalami dunia manusia lain tanpa perlu bersemuka dengan mereka, dan mereka juga boleh berselindung di balik blog mereka dengan meletakkan nama yang glamour atau busuk tanpa perlu memperkenalkan diri yang sebenar.

Ada blog yang aku suka dan ada blog yang aku meluat tapi masih aku baca juga. Kalau dah tak suka kenapa blognya masih dalam bookmark, yalah sebabnya kadang yang kita tak suka atau meluat itu juga ada mengajar kita sesuatu iaitu:-

" Janganlah aku jadi macam tu"

Amin.


Ini peminat setia blog aku yang mengamok bila aku tak update blog aku.
Dia stalker aku Nombor 1


Ps: Oh ya aku ada satu tip kalau nak kenal betul-betul si blogger yang kita baru jumpa blognya. Carilah dan bacalah entry mereka yang awal-awal dulu sebelum mereka terkenal (atau dikenali) kerana entry yang awal memang sangat naif dan mereka banyak menceritakan hal mereka yang sebenar di dalam entry-entry awal, maklumlah excited dapat buat blog.

3 comments:

Anonymous said...

cemane ni? blog i ke yg u meluatkan itu huhuhu

lagi satu masa awal blog i dulu, i tak ckp pun siapa sebonanye i ni, kang jadi kes tipah tertipu lak ni.

Anonymous said...

Gua punya blog, lu dah khatam belum?

a.n.i.Q.u.e said...

Sekut: You re not in the list of the blog yang i meluat lah. U punya blog yang jiwang tidak me'meluatkan' saya. Cuma saya tak faham ja kadang.

8080: Hm... lu punya blog tak perlu khatam... mcm newspaper.. daily dose