Monday, August 20, 2018

Lagi Sekadar Cerita

Apa yg jadi di post lepas, berlaku pada tahun 2016.

Aku memang tak serik lepas kejadian tersebut. Jatuh terguling tergolek tak dak hal bagi aku.

Kalau sekadar calar di muka ... apa lah sangat, sebab aku bukan perempuan melayu terakhir yang perlukan muka yang flawless.

Memang berbulan la juga parut hitam merentasi pipi dan atas mulut.

Oleh kerana aku belagak dan tak sedar diri, aku beli satu lagi longboard utk menari.

Kali ini Tuhan tidak bersama aku sebab Dia tahu jangankan atas longboard , atas lantai tanah pun tarianku tidak pernah menjadi.

Tidak seperti tupai memanjat pohon, longboard yg baru ke beli dan mahu ku pijak telah menolak aku jatuh ke bumi.


Tanganku patah dan aku cacat hingga kini.

No comments: