Tuesday, August 21, 2018

Tecapai Juga Hasrat Malaysia Berubah

Ohhh kalau dilihat kembali tulisan aku sebelum sebelum ini tentang politik, ya , aku agak ganas menyuarakan pendapatku. Ok bukan la ganas, tapi ya aku seorang yang sangat opiniated. Sentiasa ada saja yang mahu aku suarakan bila ada ketidakpuasan yang tak tertahankan.

Jika aku boleh kembali kepada masa-masa lalu di zaman kempen pilihanraya pilihanraya yang lalu mahu saja aku kabarkan pada diriku waktu itu bahawa apa yang aku harapkan dan juangkan sudah berjaya pada pilihanraya 2018 ini.

Masih aku ingat waktu GE 2013, beria ia aku berkempen pada kawan dan teman untuk membuat perubahan dan kelainan. Aku sangat desperate waktu itu mahukan Malaysia yang baru. Aku mahukan Malaysia yang segar dengan corak kepimpinan yang berlainan.

Teman baik waktu itu, Sri Rahayu sangat taksub dengan UMNO. Aku sering berdebat dengan dia sehingga penat, sehingga meja makan bisa terangkat.

Bermati matian beliau mempertahankan Kedaulatan Melayu yang kononnya didokong UMNO. Berkajang kajang hujah aku sampaikan namun semuanya hampa hancur mendebu di bawa angin lalu.

Alhamdulillah. Hari ini di Dewan Parlimen , mereka yang di barisan pembangkang telah berpindah tempat duduk ke barisan Kerajaan, dan Alhamdulillah mereka bukan lagi Kerajaan Barisan.



No comments: