Saturday, January 05, 2008

Kenapa Kami Menangis Hari Itu Di Pejabat

Kami telah mendapat staff baru. Ini adalah staff yang ke 5 yang sepatutnya menggantikan seorang staff yang telah tinggalkan ofis kami dua tahun lepas. Selepas daripadanya tiada seorang pun yang bertahan lebih dari enam bulan, dan yang paling singkat 2 hari.

Kami tidak tahu sama ada puncanya ialah kerusi dan meja tempat duduknya atau kedudukan meja tersebut yang mengadap dinding. Aku sudah minta mereka supaya mandikan kerusi dan meja itu dengan air bunga.

Percaya atau tidak, ramai graduan universiti yang paling utara di sini yang datang meminta kerja sebagai kerani di sini. Yang paling cekap dan pandai bekerja adalah seorang pemegang diploma tapi sayang dia juga pastinya tidak mahu bekerja dengan gaji seorang kerani di Alor Star ini.

Minggu lepas staff yang baru itu, selepas ditemuduga, telah mendapat perhatian kami untuk diambil bekerja. Katanya dia dulu pernah bekerja dengan majikan bangsa Cina yang selalu memakinya. Kami rasa dia calon yang terbaik; "if she could survive for three years being shouted and cursed by the previous employer; she would surely be able to handle the pressure of works in our office".

Tapi kami semua mengalir air mata hari itu bila diminta menulis surat ke mahkamah dia telah mengeja perkataan "mahkamah" di dalam Bahasa Inggeris sebagai :-


KOT



3 comments:

Aku... CikSekut said...

hahaha... ye i pun sama le mengalir airmata, bercampur airmata sedih pilu dengan airmata menahan gelak...

no wonderla masa kat tempat kerja lama dia dulu dia selalu kena maki hahahaha... adoilaaa apa nk jadi :p

a.n.i.Q.u.e said...

hehe.... kesian juga kat dia .. tapi mak aiiii kalau "court" dieja KOT ... payah lah sket !

Aku... CikSekut said...

sampai ke hari ini i masih tergelak lagi... seb baik dia bukan keje kat sini, tapi kat sini ade jugak org eja "on the spot jadi on the sport" lalalala... dan orang itu seorang editor. i rasa better la jadi budak tu sb dia cuma kerani biasa...kalau editor...errr apa kes? hahaha