Tuesday, January 08, 2008

Tuhan Manusia


Pantang aku bawa balik buku baru saja, mesti dia nak baca dulu.


Buku yang aku ambil dari adik aku. Akhirnya, Alhamdulillah, buat kali pertama aku dapat membaca novel Faisal Tehrani, walaupun aku telah mengikuti perkembangan penulis berjiwa besar ini sejak dari dulu lagi, dari zaman aku dan dia muda-muda dulu.....

Beberapa kali, ada ketikanya aku terpaksa berhenti membaca dan berfikir tentang apa yang dikatakannya. Ada juga sesetengahnya aku perlu membaca berulang kali untuk lebih memahami maksud yang ingin di sampai.

Ada jawapan dari buku ini terhadap persoalan yang selama ini aku cari. Untuk itu aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada penulisnya.

Persoalan dan tema yang dibawa agak berat tetapi bagi yang mengikuti segala suka duka masaalah murtad dan pemikiran liberalism dan juga isu fahaman 'wahabiah' yang makin berkembang, novel ini pasti memberi kepuasan kepada mereka yang cintakan Islam yang tulen.

Insya Allah aku akan membuat ulasan yang lebih panjang tentang buku ini bila aku habis mengulang membacanya lagi.

Popo, buku ini tajuknya "Tuhan Manusia"
Bukan "Tuhan Kucing"
Lain kali kalau ada tajuk yang sesuai,
barulah Popo boleh baca ya, sayang

Sebenarnya, aku tak nak Popo pening kepala tentang "Pluralism" dan segala persoalan lain yang dibawa oleh buku ini. Aku takut dia makin pening, lagipun baru dua hari lepas Popo kena cucuk vaksin.




3 comments:

Anonymous said...

Cute lah popo gambar 1st tu...

Anonymous said...

rasa mcm nak penyek slamdunk je si popo budak gendut ni...

eiii rasa mcm nak tampo2 pun ade, rasa mcm nak geget je tinger dia

arghhh geramnya... rindu pulak Pingu. Siap balik nanti kena ramas la dia yah yah

Anonymous said...

Masyarakat secara fitrah adalah pengikut kebenaran. Akan ada yang setia kepada kebatilan bukan kerana kebatilan itu kebenaran. Tetapi lebih kerana antara jambak keadilan itu, engkau cuba selitkan bunga kebenaran. Dan ini namanya fitnah.

Dan dalam keadaan serba fitnah siapa yang akan selamat? Ada, ada yang akan selamat, orang yang sesuai dengan takdir Ilahi. Dan percaya dengan keMahabijaksanaan Allah, orang jenis ini yang akan cuba menemukan kebenaran, dan bila dapat, mereka akan menggenggamnya dengan kemas..."

can't wait to read your review. :D