Tuesday, July 14, 2009

Aku dan Ayam Goreng

Perasan tak apa yang kita kejar dan cari hari ini adalah apa yang kita tidak pernah nikmati atau merasa kurang di waktu kita kecil.

Tanyalah kawan-kawan rapat yang kenal aku tahu bahawa aku ini sangat suka ayam goreng. Kadang agak pelik seorang dewasa seperti aku ini masih teruja dengan ayam goreng, bahkan sewaktu pertama kali keluar date, tanpa sedar saya memang berebut ayam goreng dengan beliau dan insiden itu telah menjadi satu lawak bagi kami berdua hingga kini.

Mengapa saya sangat suka ayam goreng ialah kerana sewaktu kecil saya tidak pernah puas makan ayam goreng. Sangat tidak best bila waktu makan kerana Mak akan menggoreng ayam hanya cukup-cukup untuk kami adik beradik .. iaitu hanya satu ketul ayam goreng seorang. Wahhh sangatlah tak best bila hanya boleh makan seketul sahaja ayam goreng ! Aku rasa perasaan tidak puas hati itu secara langsung telah meresap ke dalam kaunter otak separa sedar aku dan terbawa-bawa dan sentiasa di hati dan tercari-cari hingga kini. Tak perlu beritahu ada korma daging atau tom yam atau sayur campur untuk mengajak aku makan nasi di rumah kamu, cukuplah sekadar berkata "Ada ayam goreng, Ann, jemputlah makan di rumah saya !"

Ya, sila perhatikan pada diri kamu dan lihat apa yang kamu pentingkan dalam hidup kamu hari ini dan cuba lihat pada masa lalu kamu. Adakah yang kamu cari itu sesuatu yang kamu rasa agak kurang kamu mendapatnya sewaktu kamu kecil, atau yang mungkin tak pernah kamu rasai.


Dan aku harap kamu semua sudah puas hati dengan ayam goreng yang ibu kamu jamu sewaktu kecil dulu !



:-)

No comments: