Wednesday, July 15, 2009

"Murid Yang Tidak Suka Berkelahi"

Terserah mahu percaya atau tidak. Waktu aku tadika dulu di Tadika Bidayah, bila akhir tahun, dan bila Mak Bidayah (guru tadika aku) mahu memberi hadiah kepada anak murid terpilih, aku telah dipilih oleh Mak Bidayah sebagai ya... diulangi "Murid Yang Tidak Suka Berkelahi".

Memang dari kecil, aku tak pandai bergaduh atau berkelahi dengan orang. Aku hanya suka bergaduh dengan Cik, mak sedara aku yang sebaya, bila aku mahukan ais krimnya (sebab aku selalu makan habis dengan cepat ais krim aku dan Cik makan lambat ais krimnya).

Agak susah aku untuk meluahkan marah dan sakit hati aku. Agak jarang sekali aku meninggi suara tunjukkan amarah aku, apalagi menunjukkan rasa hati yang disakiti. Aku selalu sembunyikan itu. Waktu kecil aku hanya akan menangis di bilik air, tidak meraung menangis bila sakit hati depan sesiapa pun.

Oleh kerana sifat aku demikian, aku boleh paham kenapa aku selalu dibuli, tidak diendahkan (take for granted) dan diketepikan oleh orang. Aku juga paham kenapa orang akan boleh pijak kepala aku atau tidak pedulikan perasaan aku.

Aku selalu rasa adalah lebih selamat bila aku diam. Memang agak kelihatan bodoh. Tapi aku memang tak suka ahhh kontroversi.

Hmmmm..... itulah, ini semua hasil daripada  gelaran dan hadiah yang Mak Bidayah beri pada aku berpuluh tahun yang lalu. Kalau aku tahu ini akan terjadi sampai kini, pasti aku akan menolak hadiah Mak Bidayah itu, kalau tak silap hadiahnya kaler pensel saja ..... tak padan dengan harga yang harus aku bayar sekarang kerana gelaran itu...

Aku rasa tak ada dalam dunia ni, tadika yang bagi hadiah macam tu pada anak muridnya...

Ohhh.. why me !




Serius ini gambar hari terakhir
Tadika Bidayah
:-P


No comments: