Wednesday, October 23, 2013

bila lebih senang mengeji dari mengkaji

inilah satu masaalah berat yg aku anggap seperti satu penyakit. betapa mudahnya masyarakat kita melayu menghukum tanpa pernah mahu berfikir apa lagi mengkaji. memanglah ada kalanya benda2 yg kita jumpa di internet sangat merapu meraban, tapi tak salah jika kita mencari sebab musabbab mengapa pemikiran itu yg dipilih.

apa lagi bila ianya melibatkan perkara-perkara khilaf.

aku berkata begini selepas heboh tentang masaalah mazhab yg menjadi bahan kutukan hampir semua golongan masyarakat.

aku ulangi status yg pernah aku sebut di FB dulu, macam mana nak bicang perkara ranting dan daun2, bila kita tak pernah tahu dan kenal akar yg melahirkan ranting dan daun-daun itu.

bila terlalu menunding jari dan menghukum, kadang kita jadi lupa kita sendiri tiada punya sedikit pun ilmu yang menyokong kebencian kita pada sesuatu perkara itu.

memang , menghukum adalah lebih mudah dari mengkaji, kerana dengan menuduh dan menghukum kita hanya perlu ikut apa saja orang lain kata ... apa yg suratkhabar kata .. apa yg massa kata, tapi bila mengkaji kita perlu study belajar dan menggunakan tenaga akal fikiran dan iman.

kalau nak komen kata-kata hukuman dan kebencian, sambil bergolek atas katil atau sambil memasak dan siram pokok bunga pun boleh sambil2 taip komen. tapi bila nak komen berdasarkan ilmu dan source yg benar , pastilah tidak akan sama keadaannya.

No comments: