Saturday, October 11, 2003

1991. 12 tahun yang lalu.
Aku berjumpa, itu pun secara kebetulan, di warung konvo di kampus, seorang lelaki India. Tidak pasti pula aku sama ada Muslim ataupun tidak. Katanya dia pengkaji bintang. astrologi. Ditanya aku tentang tarikh lahir dan beberapa butir lain. Cuba meramal. Tapi katanya dia cuma mengagak sahaja. Aku biasa sahaja. Percaya dan tidak sama sahaja.Bukan apa yang ditelahnya tentang diriku yang aku mahu cerita sekarang.

Sewaktu itu, Anwar Ibrahim sedang berada di kemuncak, menghampiri 'Kerusi Pertama'. Semua orang menjangkakan dan percaya dia akan terus mengungguli kerusi teratas. Aku juga percaya. Namun kata India tersebut. "Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia". "Bukan Anwar yang akan pegang jawatan itu !". Aku dan teman hampir ketawa, dan memangnya kami tersenyum sinis. "Kalau bukan Anwar, siapa lagi....?"

Jawab India itu : ABDULLAH BADAWI

Aku pegang katanya, aku simpan di ingatan. Aku mahu lihat. Perkara itu sentiasa tersimpan di kotak ingatan aku. Dan bila Dr Mahathir mengumumkan penggantinya................ aku terkedu ! Menghampiri akhir Oktober 2003, aku masih menunggu .. mengesahkan apa yang pernah dicakapkan oleh India tersebut.

Aku menunggu

.....................................................

Apakah aku juga sedang menuju ke arah apa yang India itu telahkan...???


No comments: