Wednesday, July 04, 2007

Amitabh Bachan Atau Rishi Kapoor

Aku ada seorang kawan di sekolah namanya Misbah.

Misbah seorang gadis yang sangat "Perempuan Melayu Terakhir".

  1. Pendiam; tidak banyak bercakap macam aku dan Motien yang selalu menguasai persada kebisingan kelas.
  2. Pemalu; ya satu ciri yang semakin pupus bagi wanita sekarang.
  3. Senyum yang menawan; Misbah tidak ketawa berdekah-dekah, Misbah hanya senyum., dan kalau pun ada lawak yang paling lawak bagi Misbah, dia hanya akan tertunduk-tunduk keras perut menahan ketawa sampai 'ungu' mukanya
  4. Hitam Manis; oleh kerana Misbah bukanlah putih melepak, maka 'ungu' lah mukanya bila merah bercampur gelap. No, Misbah bukan anak mami.
  5. Pandai; Misbah selalu dapat No: 1-5 sahaja di dalam kelas.

Misbah, kawanku itu sangat gila suka filem Hindustan. Sewaktu waktu itu, mana ada Shah Rukh Khan lagi. Yang popular antara yang aku ingat-ingat lah, Amitabh Bachan (belum putih janggutnya) Rishi Kapoor, Shashi Kapoor dan lain-lain Kapoor yang sewaktu dengan mereka. Walaupun telah dikatakan Misbah ini pendiam, tetapi apabila bercerita tentang tentang 'hiburan Hindustan' pastilah teruja sekali Misbah itu (note*tahap teruja Misbah boleh dikira sama dengan tahap minima dengan tahap teruja empunya blog).

Misbah duduk di depan aku dan Motien. Disebelah Misbah teman baiknya Adilah (yang kembarnya Azilah, yang pernah bertukar kelas demi untuk bersama kawan baikmereka, walaupun seorang sebenarnya sepatutnya di kelas A dan seorang di B (thats another story)).

Aku dan Motien mempunyai satu hobi ketika itu membuat kuiz untuk Misbah. Sungguh teruja kami apabila mencipta permainan untuk Misbah.

"Misbah, katakanlah, bayangkanlah kelas dah nak terbakar, Amitabh Bachan ada di pintu depan kelas dan Rishi Kapoor ada di pintu belakang kelas, kamu kena pilih satu saja, kamu nak pilih pintu mana?"


Wahh.. tatkala mendengar soalan ini, kamu boleh bayangkan keadaan Misbah waktu tu. You should look at her face, dengan 'ungu' mukanya Misbah seolah-seolah berada dalam situasi yang gawat sambil merayu-rayu aku janganlah dia diberi pilihan seperti itu.

"Ahhhh... eshhh ...eshhhh.. (sambil mendekap kedua tapak tangannya dan tertunduk tunduk) tolonglah... eshhh... saya tak tau nak pilih ni..... Janganlah tanya soalan macam tu...."

Ahhhh.... the sweet sweet Misbah.

I wish I could go back to that time when we were all 14 and the simple quiz like that brought such euphoria. The quiz thing would be our favourite pastime while waiting for the next Ustazah to get into the class. It never failed to make Misbah's face turned 'purple' and Motien and I were loving every moment of it. We kept changing the names every now and then. Sometimes it would be between Sashi Kapoor and Rajesh Khana, at times Bachan and some other Kapoor. It was such a torture to Misbah but we all had fun alright.

6 comments:

Anonymous said...

hahaha what a sweet memories...
Don't ask me to choose between Cik Sayang and Johnny Depp... ahhh I also boleh jadi macam Misbah if you do that... tho I know I'm senget... when it comes to Johnny Depp..only.. I think I'm not really sure... am I senget or not?Eh! If Johnny Depp convert to Islam then he can married both of us...me and Cik Sayang, right? :p

a.n.i.Q.u.e said...

I'm not sure....

Are u sure u can share Mr Depp with Cik Sayang? I'm afraid you might go berserk seeing Depp and Cik Sayang; wanting so much to kick Depp's a** for being close to Cik Sayang... and not the other way round....

:-P

Anonymous said...

haaa ok if so then...err...i kawen dgn dia...but he must xcept Cik Sayang in my life la. Tapi fikir-fikir balik...I think takpela kalau i tak marry him pun...tak kose i nak bg dia pegang2 Cik Sayang..euwwwwww...cannot cannottttt :p

a.n.i.Q.u.e said...

.. tau tak pa ....

:-P

I said...

hahahhaha.. that was so funny. i hope you still keep in touch with her and motien

a.n.i.Q.u.e said...

I still keep in touch with Motien, but Misbah.... I dont know where she is now.....