Monday, December 15, 2008

Min

Masih ingat entry dulu bila si aku ditegur seseorang yang membuatkan aku rasa aku begitu muda ? Nama jejaka itu Min. Aku tahu namanya pun daripada mulutnya sendiri yang membahasakan dirinya sebagai Min.

Min bukanlah orang yang asing di sekitar kawasan ofis aku dan Pekan Rabu. Badannya agak gempal berambut lebat pendek dan agak berkerinting. Yang membuat dia agak menarik perhatian ialah kerana Min agak 'lembut' dan seksi. Seksi kerana t-shirt yang dipakainya akan digunting luas hingga menampakkan kedua-dua bahunya. Dan Min juga berjalan melenggang sambil bercakap seorang diri dengan satu beg plastik di tangannya.

Setelah beberapa minggu selepas sapaannya yang pertama itu, kami bertemu lagi. Kali ini kami berjumpa di tempat parking kereta ketika aku baru sahaja hendak melangkah keluar dari kereta. Min sedang berjalan menuju ke arah Masjid Zahir bila tiba-tiba dia terlihat aku dan terus menegur.

Kakak kan yang bagi kat Minduit hari tu ?

Aku hanya sekadar tersenyum dan mengangguk kepala

Tiba-tiba dia datang menghampiri aku yang masih lagi berada atas kerusi kereta. Sambil tertunduk-tunduk dengan meletakkan tangannya di atas lututnya Min bertanya serba sedikit pasal kerja aku dan tempat kerja aku. Kemudiannya Min meminta aku membawanya pergi ke Ipoh.

Kak, jomlah bawa Min pi Ipoh. Jomlah kita pi Ipoh ...

Sambil ketawa aku katakan pada Min

Eshh nak pi Ipoh buat apa...? Orang ada kerja nih ....

Adalah sebabnya Kak..
Min tak boleh nak habak .....
Jom lah ....
(dengan gaya agak sedikit gedik dan manja)

Min begitu beria-ia mengajak aku ke Ipoh. Agak sedikit mengada-ngada dan melentuk liuk cuba bermanja dan memujuk aku. Setakat mengajak aku ke Ipoh bukanlah begitu memeranjatkan aku bila dia kemdiannya telah melangkah agak jauh :-

Kak ambiklah Min jadi adik angkat Kak ... !!
Ambikla....

Aku terkedu dan tidak berkata apa-apa dan berfikir mengapalah benda-benda macam ni terjadi kepada aku...? Tidak pada Noora atau Hadie ataupun adik aku..... Aku rasa aku tidak perlu jawab permintaan 'gila'nya itu. Jika aku respon, pastilah aku juga seperti dia.

Bila melihat aku diam, Min meminta pula pada aku sedikit wang. Tanpa banyak soal aku pun memberikannya RM2. Min mengambil wang tersebut dengan terseyum sambil menjelaskan padaku:-

Kak, kak tau dak Min memang kena pi Ipoh ni...
Sebab depa kata Min tak boleh duduk sini dah.
Depa kata kalau Min dok sini Min nanti kena SULA



Aku rasa ada laaaa tu sapa-sapa yang usik bagi tau kat dia, sebab PAS dah perintah Kedah orang macam dia nanti kena sula.....

Min .... Min ..... Mudahkanlah hidupnya Ya Allah .

3 comments:

Aku... CikSekut said...

adehhh kat ofc sblm ni pun ade org nama Min... editor lagi u... lembut gemalai mcm 'min' tu la jugak... thehehe...

awatlah sapa yg dok pekenakan dia lagu tu... org mcm tu nak di nyakat mcm tu buat apa? at least dia dah lagu tu adalah sb mengapa tuhan buat lagu tu... bukan betoi sgt... kita ni belum tentu mati esok tak kena sula... aduhhhh... isk isk

a.n.i.Q.u.e said...

hehehe

tu la kan... kesian juga tengok Min tu...

tapi actually kan kalau pikir balik dia tu dah mcm tu Allah dah tak kira dosa dia dah....kan kan ?

Kita ni yang masih macam2 lagi...

:-|

Anonymous said...

Cik Pretty,

kalau saya balik Kedah, bawa jumpa Min.boleh ka?

-blue-