Sunday, September 21, 2008

Jangan Kurang Hajar

Kenakalan mungkin sesuatu yang "cool" tetapi kenakalan tidak seharusnya melibatkan kebiadaban. Ramai remaja yang tidak mengenal batasan itu sedangkan ianya bukan pun satu lapisan nipis yang menjadi sempadan antara keduanya. 

Kamu rasa kamu tidak mahu berpura dan mahu menjadi jujur, namun kejujuran bukanlah satu alasan untuk biadap. Kadang kelihatannya kamu hanya mahu berselindung di sebalik kejujuran yang kamu katakan itu, sedangkan hakikatnya kamu mendabik dada dengan kebiadaban kamu.

Kita tidak perlu untuk bersetuju dengan sesiapa sahaja hanya kerana mahu menjaga adab. Adab tidak pernah menghalang kamu untuk berdiri sebagai lawan. 

Namun untuk berdiri dan bersemuka dengan lawan dengan penuh adab dan berhemah memerlukan kebijaksanaan dan kematangan.


Dengar sini sayang, kamu masih belum ada keduanya itu.


4 comments:

Anonymous said...

It's I.Q vs. E.Q. regardless of age.

"Emotional Intelligence and the Heart Take Their Rightful Place Beside IQ and the Brain"

Lebih mudah - kalau suatu perkara/perbuatan itu boleh menyakitkan kita, ia pasti menyakitkan org lain juga.

Aku... CikSekut said...

wah! sapekah yg telah terlebih IQnya hingga terkurang adabnya ini? dewasa ini manusia makin lama makin bijak tetapi menjadi bijak tidak semestinya menjadikan manusia-manusia ini pengguna otak yang bagus. ramai orang mampu menjadi bijak tapi belum tentu bijak itu bagus :)

Anonymous said...

sapa yang kuang hajaq tu cik pretty?bitau saya..balik kedah nanti saya sesah dia!

p/s: dah lama tak sesah orang ni

-aku budak pendang-

a.n.i.Q.u.e said...

At80: true. Masaalahnya kalau kutuk atau sakitkan orang memang mcm best saja, tapi kalau org lain yg sakitkan kita balik, baru hang tau !

Yan: Knowledge without wisdom beb !

ABP: hahahaha... sinting siap2 lengan baju tu, balik mai sini sampai2 saja terjun kereta terjah terus tau.....

:-P