Saturday, September 27, 2008

PAK NGAH

Pak Ngah anak kedua Tok, selepas Mak aku. Selepas Pak Ngah ada dua lagi adik lelakinya iaitu Pak Lang dan Pak Cik dan juga adik perempuan yang dijaga dan dibela oleh Tok dari bayi lagi, yang hampir sebaya dengan aku yang aku panggil Cik. Pak Ngah tidak seperti kakak dan adik-adiknya yang lain. PakNgah tak pandai. Pak Ngah tidak belajar sampai habis sekolah menengah, kalau tak salah aku sampai Darjah Enam saja. Oleh kerana tahap akademiknya yang tidak baik,Pak Ngah sudah mula bekerja dari remaja lagi, tapi kata Tok, majikan Pak Ngah selalu pening kepala dengan Pak Ngah sebab Pak Ngah susah nak faham arahan.

Tok selalu marah-marah dengan Pak Ngah. Mungkin juga sebab sikap Pak Ngah sendiri yang suka menjawap dengan Tok. Bila Pak Ngah menjawap Tok akan meninggikan lagi suaranya dan maka akan berlarutan sebentar perkelahian dan pertikaman lidah antara seorang ibu dan anak. Mulanya dulu aku tidak tahu kenapa, tetapi apabila dewasa ini aku rasa aku faham kenapa Tok seperti selalu “tension” dengan Pak Ngah. Mungkin antara sebab utamanya ialah Pak Ngah tidak pandai seperti anaknya yang lain. Walaupun anak-anak yang lain itu bukanlah pandai atau menjadi kebanggaan kepada Tok sangat, tapi mungkin pada Tok, sebagai seorang Guru, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mempunyai anak yang tidak pandai.

Hobi Pak Ngah yang utama ialah menonton TV. Rumah Tok dulu ada TV besar dan Pak Ngah akan duduk sangat hampir dengan TV tersebut, iaitu kira-kira 5 inci dari TV. Dari kecil juga lagi Abah selalu memberi contoh tentang Pak Ngah kepada kami supaya jangan menonton TV dengan terlalu dekat sebab nanti kami akan kena pakai cermin mata yang besar dan tebal macam PakNgah. Cermin mata Pak Ngah memang sangat tebal, dan bila aku tengok Pak Ngah dari dekat aku dapat lihat kedua-dua mata Pak Ngah besar seperti mata ikan buntal akibat pantulan cermin.Hingga hari ini, semua anak Abah aku tidak ada yang menonton TV dengan begitu dekat.

Kehidupan Pak Ngah waktu itu hanya berlingkar pada kilang papan tempat kerjanya dan TV. Setiap petang apabila pulang dari kerja,Pak Ngah akan membuat Milo panas satu cawan besar (L size) dan dengan kain pelikat dan tanpa baju dia akan bersila depan TV menonton TV dari petang sampai malam. Pak Ngah hanya akan berhenti menonton bila Tok mula membuat bising menyuruhnya pergi sembahyang. Walaupun umur Pak Ngah sudah dewasa waktu itu,dia masih lagi disuruh oleh Tok seperti kanak-kanak macam kami untuk pergi sembahyang. Pak Ngah akan selalu menjawap "Nanti sat lahhhhh !". Dan Tok seperti jam yang di "snooze"kan akan setiap 2 minit menjerit mengarahkan Pak Ngah berhenti menonton TV dan pergi sembahyang. 

Pak Ngah tidak begitu mesra dengan kami anak-anak buahnya. Dan pada sesetengah keadaan, kami agak takut dengan Pak Ngah. Kalau Tok suruh Pak Ngah pergi sembahyang, pasti selalu dia akan arahkan kami pula juga untuk sembahyang.Namun walaupun aku ini juga takut dengan Pak Ngah, masih lagi aku berani menjawap dengan Pak Ngah bila Pak Ngah membuat arahan untuk kami pergi sembahnyang. "Pak Ngah la pi dulu. Tok suruh Pak Ngah". Dengan jelingan yang sangat tajam dia telah mengeluarkan kata kesat kepada pada aku dimana aku juga menjawap jika kalau betul apa yang dia katakan pada aku itu, maka dia juga adalah sama kerana “kita satu darah” (Pak Ngah kata aku SETAN). Semua neraka pecah keluar bila aku menjawap seperti itu dan Pak Ngah dengan mata seperti membunuh telah mengeluarkan ucapan seperti matanya juga "AKU BUNUH HANG". Aku yang takutkan mati itu, lari bertempiaran ke atas rumah dan bersembunyi di dalam bilik Cik dengan mengunci pintu. Rupanya, Pak Ngah seperti malaikat Izrael, telah mengejar aku sampai ke atas sambil menyebut:-

"AKU BUNUH HANG ! AKU BUNUH HANG !"


Masaalahnya bilik Cik itu dindingnya tidak menutup hingga ke atas, seperti"partition" yang tinggi dan masih terdapat ruang antara dinding dan siling. Dinding yang tinggi itu tidak menghalang Malaikat Izrael yang sedang panas hatiuntuk cuba memanjat dinding tersebut ! Hampir luruh jantung aku melihat tangan Pak Ngah yang sudah memegang bahagian atas dinding. Dari atas katil Cik aku melihat kearah dinding itu dengan cemas sambil berdoa dengan bersungguh-sungguh agar dia tidak dapat melepasi dinding tersebut. Waktu itu, hanya dinding nipis itu saja yang memisahkan aku dan maut.

Oleh kerana Pak Ngah tidak pernah menjadi Pengakap di sekolah dan memang juga sudah ditakdirkan Pak Ngah tidak akan menghabiskan hidupnya dipenjara kerana membunuh anak saudara sendiri, dia telah gagal untuk memanjat dinding tersebut setelah begitu bersungguh-sungguh mencuba. Aku menghabiskan masa aku dengan berpeluh di dalam bilik Cik yang panas itu dari maghrib sehingga Isya sehinggalah Mak aku datang ke rumah Tok. Bila saja aku mendengar suara Mak di dalam rumah Tok, aku pun membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan dan terus lari pecut seperti tikus masuk ke dalam kereta Abah dan mengunci semua pintu kereta.


Dari dalam kereta aku tahu Malaikat Izrael sudah leka dan masih lagi asyik menonton TV.


PS: 

Dulu aku memang anak buah yang dia paling menyampah. Aku jarang dapat duit raya darinya. Tapi bila aku dah matang sekarang, Pak Ngah dah OK dah dengan aku. Sekarang kadang aku yang bagi duit raya kat dia. Pak Ngah punya angin dah OK selepas Tok aku kawinkan dia...... Oh rupanya yang itu.......... hehehe


4 comments:

Anonymous said...

Kalau dah kena bunuh, saya dah kehilangan lah kakak saya ...
Alhamdulillah tak dak kejadian bunuh membunuh itu

Pak Ngah dah banyak berubah kan :)

Dan saya juga tau, dia bukan tengok TV hat besa besa nie, dia dok sewa video tengok cerita hat luar besa juga hehehehe

a.n.i.Q.u.e said...

hahaha.. ya ya Pak Ngah dah banyak berubah.

:-P

Aku... CikSekut said...

teringat pulak kat allahyarham my brother... hurmmm :)

Anonymous said...

dah berapa orang anak pak ngah?

-aku budak pendang-