Thursday, September 18, 2008

Jangan Marah Kalau Kamu Tak Boleh Menghubungi Aku Semalam

Semalam dalam kekalutan bersiap untuk ke Langkawi, telefon tangan aku jatuh terhumban dari genggaman. Ini bukanlah kali pertama telefon tangan aku jatuh, memang sejak azali lagi, tangan aku seperti disumpah, hampir setiap benda yang aku pegang pasti akan terlepas jatuh. Kamu mungkin tidak percaya kadang gelas yang aku genggam untuk minum tiba-tiba boleh terlepas jatuh bersepah air seolah-olah ada yang menampar tangangku. No, aku rasa itu bukanlah akibat buatan bomoh atau buatan orang yang benci atau cemburukan tangan aku yang lurus kurus cantik ini (ya aku memang perasan), aku rasa memang sudah tertulis bahawa walaupun aku ahli sukan lompat terjun lari sana sini, namun aku masih perempuan melayu terakhir yang lemah lembut hingga nak pegang gelas pun tak larat.

Nokia jenama telefon tangan aku itu, aku rasa memang sangat gagah perkasa, hanya setelah jatuhan yang ke 15 kali, barulah ia mengalah dan mengangkat bendera putih tidak tahan lagi hidup bersama aku, lalu beliau mengambil keputusan membunuh diri. Aku seperti tidak percaya apabila secara perlahan skrinnya hilang dari pandangan dan lenyap bersama-samanya segala jenis data yang aku simpan. Orang-orang dan bank-bank yang mencari aku semalam masih boleh mendengar talian aku yang masih hidup apabila membuat panggilan, tetapi aku tidak dapat menjawab atau berbuat apa-apa kerana Nokia tidak langsung menulis wasiat hatta untuk aku mendengar deringan sekalipun. Kematian manusia berkarier diabad ini rupanya mati bersama-sama matinya telefon tangan mereka.

Dan Allah Yang Maha Kaya itu tidak akan selalu membiarkan hambaNYA derita lama. Kematian bukan sahaja melahirkan kesedihan tetapi juga memberi laluan kesempatan. Ya, seperti juga suami yang kematian isteri, tanah kuburan yang masih merah bukanlah alasan untuk menolak mendapatkan isteri baru.

:-P

5 comments:

Aku... CikSekut said...

Di mana kau pacak kan nisan kekasih lama mu? thehehe... seb baik saya tidak juga berusaha mengkol kamu smlm, kalau tak mao jika jiwa saya parah masa itu dan perlukan telinga kamu... makin parah la jiwa saya uwaaaaa...

*semoga bahagia dgn kecintaan baru*

Anonymous said...

hahahahah.... once again you cracked me up.... hahahahhaha.... oke deh, moga cepat dapat hape baru.... :p

Jaja Shah said...

hahaha patah laaa hatiii

Anonymous said...

kalau isteri kematian suami,kena tunggu edah 3 bulan baru la dpt tukar yang baru ...woha!!

-aku budak pendang-

a.n.i.Q.u.e said...

Makasih semua !!!

Doakan saya bahagia dengan yang baru(barang pinjam daaa...)

Ha ah sib baik tak pakai edah semua. Tidak, haru.


:-)