Malam pertama aku membawanya balik kerumah, hujan masih turun dengan lebat. Aku menyesal kerana tidak pernah membeli baju hujan. Aku juga berfikir kalau membawa basikal sambil memegang payung, mungkin akan membahayakan kedudukan aku sebagai manusia yang masih bernyawa. Maka niat itu terpaksa aku tundukkan sedalam-dalamnya dalam benakku.
Walaupun Jamis sangat mengiurkan, aku terpaksa tidak memperdulikannya dengan memusing badan aku memandang dinding sewaktu tidur. Aku masih terfikir bagaiman cara dan waktu yang sesuai untuk aku cuba menunggang Jamis. Untuk memunggahnya membawa ke satu tempat yang lain dengan kereta, aku rasa sangatlah menyukarkan, apatah lagi aku perlu ke ofis selepas itu. Aku kemudiannya memikirkan bagaimana kalau aku menunggang Jamis pagi nanti, kerana pasti penduduk taman aku riuh tertanya-tanya siapakan gerangan orang putih (?) yang menunggang basikal begitu.
Aku tiada pilihan lain, aku bangun pukul 5 pagi tadi, terus bersiap dengan topi dan seluar khas Jamis dan terus keluar dari rumah dan menunggang Jamis dengan perasaan sungguh bahagia...........
.






