Sunday, September 24, 2006

Aku Ini Dari Tanah

Allah bertitah pada satu masa
Mahu diciptanya makhluk manusia
Maka malaikat dan jin berkata-kata
“Adakah Engkau akan mencipta yang akan membinasa?”

Dari tanah bentuknya dibina
Tanah dari bumi yang sesuai istimewa
Diperintah malaikat yang pertama hingga ke sembilan
Tiada seoarang pun yang mampu mangambilnya kerana kasihan

Bumi merayu kepada sembilan malaikat
Janganlah aku diambil kerana berkat
“Aku mendengar makhluk yang dicipta akan membinasa
Dan aku pasti akan turut sama merasa
Kerana aku adalah mereka
Apatah lagi kalau ramai yang akan ke neraka
Pasti aku dibawa bersama”

Sembilan malaikat merasa kasihan
Maka disuruhnya Malaikat ke sepuluh,
Namanya saja menggegar tubuh
Dan tiap kali Izrael disebut ramai yang berpeluh

Izrael turun ke bumi dengan satu misi
Mengambil sesuatu yang tak diizin dari bumi
Bumi tetap merayu merayu lagi
“Janganlah aku dibawa pergi
Aku tidak mahu membinasa diri”

Kata Izrael “Aku ini datang atas perintah
Jangan engkau berhelah-helah
Tidak aku yang bercakap-cakap”
dan tanah terus direntap

Tanah dibentuk merupa makhluk
Dan dari Allah ruh ditiup
Tapi sebelum sempat sampai ruh ke kaki
Adam sudah bangun mahu berdiri

TitahNYA “Manusia ini makhluk yang tergesa-gesa”
Apa saja yang diminta mahu nya dengan segera
Tidak peduli yang diminta itu buruk atau baik baginya

Iblis itu asalnya ketua para Jin danMalaikat
Penghulu bagi semua yang berpangkat
Dan tatkala cerita mahkluk baru yang akan dicipta tersebar
Iblis benar-benar rasa tercabar
"Aku dari api dan makhluk itu dari tanah, maka aku pastinya lebih besar"

Ahhh ...semua orang sudah tahu cerita seterusnya
Cerita turun temurun Iblis dan Adam dan juga Hawa
Betapa janji dan sumpah Iblis mampu dikota
Sehingga ayahnda berdua diarah keluar dari Syurga
Kerana memakan buah laranganNYA

Yang aku mahu cerita sebenarnya di sini
Bagaimana kita ini dari tanah asalnya

Jadi salahkah aku.........
Jikalau aku bergelumang dengan sesuatu
Yang asal usul terciptanya aku ?

More here

Marhaban Ya Ramadan

Selamat Berpuasa Everybody.

Drink at least a few glass of water during sahur.
It helps

No comments: